Monday, 22 February 2016

Trip With Bestfriend ❤

Assalamualaikum & Hye ^^ 



Pada tarikh 19/2, 20/2 dan 21/2 merupakan tarikh yang paling bermakna buat ama, dan sahabat tersayang ama. Ini adalah kerana, selama persahabatan kami selama 5 tahun lebih, asal kitaorang nak hangout je lepak mall, asal nak hangout je lepak mall. Tak ke Jusco, ke The Mines. Itu je tempat tetap lepak kitaorang. Tapi, kali ni, kitaorang decide percutian kitaorang ke Melaka pada 17/2/2016 dekat kedai mamak ! Pada asalnya, percutian kami ni hanyalah 2 hari 1 malam di mana ia bakal terjadi pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi, disebabkan kampung member kat Johor ada buat Yasinan (Baccan Yassin dari rumah ke rumah), terpaksalah kami anjakkan pada hari Jumaat dan percutian kami adalah selama 3 hari 2 malam.
Keadaan bilik ketika kami sampai
Untuk percutian kali ini, kami bertiga (me, Az, Ecah) kenalah dapatkan persetujuan dan restu kononnya dari parents, tapi si ecah ni kena dapatkan restu dari bakal husband dia jugak.. Biasalah, anak dara dan tunang orang nak dilepaskan buat semetara waktulah katakan. hihihi.. 
Rumah Terbalik
Pada hari Jumaat(19/2) tepat jam 11.30am, kami bertiga terus ke Melaka betul betul lepas breakfast dekat kedai mamak *memasing lapar lah katakan* Dalam kereta tu, takpayah cakaplah, memasing bebel je.. Yang kena usik pon ada, yang tengah on the phone pon ada, yang tengok maps sesat sesat pun ada. hahahaha. Ini namanya, pengalaman bersama. Kitaorang sampai ke Lavender Guesthouse Melaka lepas Zohor macam tu. Walaupun asalnya kena check-in pukul 2pm, kami dibenarkan masuk awal. Memasing solat Zohor di bilik dan rehat buat sementara waktu. Harga bilik ni satu malam is RM85. Okaylah sebab kitaorang just nak buat tidur je, tapi tak best sikitlah sebab toilet kena share dengan guest lain. Tepat jam 3pm, kitaorang plan nak ke Pirate Adventure.
Tengok maps dalam 5 minit je perjalanannya dari hotel kitaorang, tapi sesat. Gila tak sesat, dekat 3 4 kali tawaf pekan tu sampai dah naik hafal mana Bangunan Merah, mana DP(Dataran Pahlawan) dan MP(Mahkota Parade). Sedangkan, tempat tu dekat belakang DP je.
Dah sampai tu, ingat nak usha lah masuk semua bagai, tapi ada orang kata tengah renovate kot. Sebabnya, kitaorang pergi sana, tengok dekat tempat booth tiket tu takde orang jaga. Dah hilang satu plan. hmmm. Then, kitaorang terus ke Upside Down House Gallery yang terletak berdekatan dengan hotel kitaorang. Harga sekali masuk RM15, stay and tangkap gambar selama 45 minit. Gilalah.. tempat tak sebesar mana, tapi nak kena bergambar selama 45 minit. kitaorang pon tangkap gambar bagai around 20 - 30 minit je. Not bad, tapi boleh dikatakan keadaan dekat situ a bit suram sikit. So, ada some of picture yang nampak bit gelap.. Sis redha je. hahhaha.
me, Az (tudung merah), Ecah (bershawl)
Lepas je ke Rumah Terbalik, kami ke Pantai Klebang and sampai sana dekat nak Asar. Kitaorang lepak makan dekat kedai kedai yang ada depan pantai tu. Not badlah, sebab memasing laparkan.. Before gerak balik, kitaorang spend time dekat situ dengan selfie bagai. Nasib sis bawak monopod sis. hahahha.. Sambil kitaorang selfie, adalah 3 hamba Allah ni dok usha kitaorang, then gelak gelak bagai. kenapa? 1st time ke nampak perempuan berselfie stick bagai? Geram je kitaorang..
Kami di Zoo
Ada sekali tu, kitaorang sume pandang diaorang, then muka nampak cam gelabah, then bla. hahahah. ngekk betul.. Selfie punya selfie, tau tau je dah pukul 6pm macam tu. Gi beli Coconut Shake, terus gerak balik sebab pukul 8pm nak gerak ke Zoo Melaka.  Around 8pm, gerak ke Zoo.. On the way nak ke zoo, tak hujan pun. Then, tetiba je aku ternyanyi, tak lama lepas tu, boleh pulak hujan. Kalau renyai tak pe lah jugak. Tapi, lebat. Jadi, bila naik tram nak tengok binatang tu, nak taknak je lah binatang tu muncul. Dah kata hujan. Show pon tak jadi sebab hujan, so leyh tangkap gambar je. Tapi, sekali masuk, aku nampak 2 ekor ular, terus terpaku aku. hahahha. Az cakap aku nampak pucat gila. Citer dia, bukan aku tak pernah pegang ular, pernah, tapi untuk mission Zoomanji masa part 1 diploma lah*3tahun dulu* Boleh dikatakan aku terduduk kaku je kat situ sampai tak terkata. hahahaha. Pukul 10pm macam tu kitaorang bla dari zoo and gerak ke Jonker Walk, tapi, dah tutup. So sad ! dah lah memasing lapar. Nasib baik ada uptown/downtown dekat bandar hilir tu *berdekatan dengan hotel* Lepak situ sampai dekat 12am, balik bilik rehat dan memasing tidur around 2am. Mana taknya, memasing rancak bersembang, plus, memasing excited sebab tu malam pertama kitaorang tidur bersama ❤
Pada Sabtu(20/2) tepat jam 9am, memasing get ready for the last day dekat Melaka, sebabnya petang tu nak ke Johor pulak. Kami decide ke The Shore Sky Tower and arrived around 10.20am macam tu. 3 orang naik around RM18 gak lah. Boleh dikatakan time tu kitaorang orang pertama sampai, tapi ada lah orang yang tengah shoot untuk pre-wedding kot. Lepak situ, selfie bagai, then sampai satu part yang kita leyh tengok bawah tu, memasing gayat ! hahahhaha. nampak tak yang kat situ sebenarnya semua ni penakut. hahahahaha.
Destinasi terakhir di Melaka, adalah ke Jasin untuk melawat member lama. Dekat 2 tahun lebih tak jumpa and it was so nice to meet Noraini and her family. Bersembang sampai tak ingat dunia. Sedar sedar je dah pukul 2pm. And finally, kami meneruskan perjalanan terakhir kami ke Kg. Jawa Lenga, Muar dimana terletaknya kampung si Az ni. Sampai sampai takde orang, apalagi, memasing decide tidur dulu.. Pukul 6pm baru memasing terjaga dari tidur. hahahah. hebat sungguh anak dara ni. hehehehhe. Duduk rumah orang, kena lah jaga adab kan? tambah tambah anak dara pulak tu.
Bersama keluarga Az
(atok & pakcik makcik)
Hari Sabtu (21/2) merupakan hari terakhir kami bertiga spend time bersama sebabnya lepas ni ama dah masuk kampus balik, si Ecah tak lama lagi nak kawin dan si Az akan start intern awal bulan 3 ni.  Nak jumpa balik mau masa Ecah nak kawin nanti. huhuhuuuhuh... Sekejap je masa berlalu, sorang bestie dah nak kawin. Lepas ni siapa pulak? ama or az? hahahahha. Tepat 9.30pm kitaorang selamat sampai ke rumah masing-masing and in sha Allah, akan ada trip kedua pulak. ahahhaha. walaupun sekejap, all the memories will be remember. Ini lah sahabat dunia akhirat aku yang mana masing masing kaki jahat bersama sama, kaki baik bersama sama, kaki menggila bersama sama ❤


"A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow."

Azriena, Aisyah and Amalina(Me)
Triple A Forever [T.A.F]

Wednesday, 27 January 2016

Dilwale dan Bajrangi Bhaijaan

Assalamualaikum & Hye ^^

DilwaleSemua tau pasal cerita Dilwale dan Bajrangi Bhaijaan kan ? tipu lah taktau.... hahahah. saje nak buat review movie ni sebab selama ni tak sempat nak buat. Biasalah, tengah cuti semester lah katakan.. ahahha...
Bagi ama, Dilwale dan Bajrangi Bhaijaan best gila ! kalau rating 7/10 dan 8.5/10. kenapa Dilwale 7? mungkin sebab jalan penceritaan dia flashback sikit, then ada problem dengan Kajol and ending dia, both of them tak kawin ! hahahahah. tolong ar, ama tengok Dilwale sebab nak tengok si Kajol dan SRK tu menari nari, bercinta lelama bagai. ahahhaha. takdelah. for me, it's okay. Yelah, lagipun semua orang tau kan yang cerita Dilwale ni combinekan balik si SRK dengan Kajol after a long long time diaorang dah lama tak berlakon sekali kan ? combination between them sangat sangat lah hebat sebenarnya. SRK dan Kajol pon masih handsome dan cantik walaupun masing masing dah meningkat usianya.. tapi tak apalah, kita tengok Dilwale ni jangan pandang rupa diaorang sudahlah, tengok penyampaian ceritu pon dah okay.. hahaa. lagipun, dengar cerita kos nak buat lagu Gerua yang ada dalam cerita ni pon boleh tahan tinggi dan cantik betul tempat yang diaorang pergi shoot tu. ahahha.
Tapi kan, Dilwale ni tak setiptop macam citer Bajrangi Bhaijaan ! uishh. citer tu, hebat gila ! sedih dia macam citer korea tu, Miracle Cell No.7 tak silap lah. tengok lah berapa banyak kali pon, still menangis ! hah. sumpah best ! Yelah, sebab jalan citer dia lain daripada yang lain. Selalunya orang tau yang citer hindustan je, mesti ada cintan cintun, mak bapak halang bagai, pergi belajar ke apa ke, travel kat London or other Europe state dan lain lain. Tapi citer ni, kisah tentang cinta dan kasih seorang lelaki hindu terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang beragama Islam dan dari Pakistan ! uish, seriously, jalan cerita yang sangat sangat sangat best ! hahahha... budak perempuan tu pun comel gila. plus, ama tengok citer ni sebab ada si Salman Khan. Biasalah, kecik kecik dulu membesar dengan hindustan sekali. hahahha. Let's me jump to the conclusion, ahahahaha. 100% ama cakapkan, both of this movie sangat sangat lah best dan korang takkan pernah menyesal tengok citer ni, tambah tambah citer Bajrangi Bhaijaan ! pastikan kotak tisu or sapu tangan dah ada kat sebelah masa tengok citer tu.. hahhahaha #SelamatMenonton

SEGMEN 1 : PERMATABIRU- JOM FOLLOW BLOG SAYA

Assalamualaikum & Hye ^^
http://permatabiru0310.blogspot.my/2016/01/segmen-1-permatabiru-jom-follow-blog.html
*Klik Banner untuk join segmen ni*

Tarikh Tutup : 29 Jan 2016