Friday, 30 March 2012

#2 Doodle Dakwah : Dahulukan Yang Paling 'PENTING'

Assalamualaikum & Hye ^^
Mari Kita Berdakwah :)


Setelkan appointment kita dengan Allah ,
baru setelkan appointment lain :)
Jangan Lupa Tekan Salah Satu :


#1 Doodle Dakwah : Jodoh

Assalamualaikum & Hye ^^
Mari Kita Berdakwah ^^


semua mahu jodoh yang baik, sebab hati kita tahu, bersama orang yang soleh atau memiliki solehah semestinya mampu membahagiakan kita dunia dan akhirat. InsyaAllah ,Tapi kita menjadi soleh ataupun solehah bukan kerana sebab  mahu jodoh yang baik, soleh atau solehah. Tapi menjadi soleh mahupun solehah hendaklah kita niat kerana Allah , InsyaAllah berkekalan. Ingatan bersama ^^


Jangan Lupa Tekan Salah Satu :


Bermain Badminton .......


 Assalamualaikum & Hye ^^
Hari ni tak banyak sangat story yang ama nak cerita ^^ hehehhehe ... tapi , petang tadi ama terfikir nak snap gambar anak sedara ama yang sedang bermain dengan anak jiran , Nabila namanya ... perangai budak ni macam lelaki sikit , tapi not bad la .. baik ... selalu layan Aiman dan Aqil walaupun dia dah ada adik bernama Faiz .. ama dah anggap Nabila ni macam adik sendiri ^^ saksikan gelagat mereka --->>



Aiman & Nabila 



Nabila , Aiman & 2orang yang
ama tak tau namanya ^^
Nabila , Aiman & 2orang yang 
ama tak tau namanya ^^
Aiman & Aqil 

Nabila , Aiman , Aqil & 2orang budak
yang ama tak tahu namanya 




Jangan Lupa Tekan Salah Satu :


Berita #3 : 1,001 Alasan Yang Diberikan Ketika Ditangkap Khalwat

KES khalwat menunjukkan peningkatan yang
ketara sejak tahun 1960-an. - Gambar hiasan

 Assalamualaikum & Hye ^^ 
Korang baca dulu ye ?? -->

KISAH pasangan yang ditangkap khalwat sudah menjadi bahan sensasi akhbar-akhbar di Malaysia sejak tahun 1980-an lagi.
Apatah lagi jika yang kena tangkap basah itu, iaitu gelaran untuk orang yang dicekup berkhalwat, melibatkan penyanyi, pemain bola sepak, ustaz atau ahli politik.
Namun, di sebalik berita pelaris akhbar itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Musa Awang berpendapat kes khalwat tidak boleh dipandang ringan.
Realitinya, perbuatan khalwat merupakan satu gejala sosial yang merosakkan.
Musa yang berpengalaman selama lebih 10 tahun mengendalikan kes khalwat di mahkamah berkata, kes itu meningkat secara ketara setiap tahun.
"Kes khalwat menunjukkan trend peningkatan sejak tahun 1960-an lagi. Contohnya, pada tahun 1990 ada kira-kira 100 kes tangkapan khalwat di seluruh negara tetapi pada tahun berikutnya meningkat kepada 140 kes," katanya.
Musa memberitahu, walaupun pihak berkuasa agama aktif melakukan serbuan, jumlah individu yang ditangkap kerana disyaki berkhalwat terus bertambah.
Ujarnya, kebanyakan pasangan yang ditangkap khalwat berumur antara 20 hingga 30 tahun.
"Namun, ada juga kes tangkapan khalwat melibatkan lelaki yang berusia 70 tahun dengan gadis berumur belasan tahun padahal gadis itu ibarat cucu mereka sendiri.
"Ini belum termasuk lelaki atau wanita berumur 50-an yang ditangkap bersama pasangan muda masing-masing," cerita Musa.
Peguam syarie ini juga bimbang kerana banyak kes yang dikendalikannya melibatkan pasangan remaja.
Remaja
"Mereka masih bersekolah. Sepatutnya masa mereka diisi dengan aktiviti yang menambah ilmu dan kemahiran, bukannya dengan melakukan maksiat," ujarnya yang berpandangan remaja terbabit harus diberi kaunseling kerana hukuman semata-mata akan membuatkan mereka memberontak.
Beliau menambah, hukuman ke atas pesalah khalwat juga wajar dikaji semula.
Buat masa ini, boleh dikatakan semua negeri mengenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun.
"Hukuman seharusnya lebih tegas jika mahu ia dijadikan pengajaran oleh umat Islam lain," katanya yang percaya antara punca perbuatan khalwat berleluasa adalah disebabkan oleh pergaulan bebas selain kewujudan laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Seorang pakar motivasi yang sering membantu pihak berkuasa melakukan operasi menangkap pasangan berkhalwat di sekitar Lembah Klang, Ahmadi Baharudin mengakui ramai remaja terlibat dengan maksiat itu.
Ahmadi juga kerap menahan pekerja kilang dan pelajar universiti.
"Ada juga yang bergelar suami atau isteri orang. Mereka gemar melakukan perbuatan terkutuk itu di taman tasik serta hotel murah.
"Alasan yang selalu diberikan apabila ditangkap ialah mereka bakal berkahwin.
"Tetapi apabila diminta menunjukkan bukti, mereka memberikan pelbagai alasan," beritahu beliau.
Beliau juga terkejut kerana ada pasangan yang tergamak berkhalwat pada bulan Ramadan.
"Apabila ditanya mengapa mereka berbuat begitu jawapan yang diberikan ialah mereka sekadar berbuka puasa.
"Tetapi sebelum itu mereka asyik berpegangan tangan dan berpelukan," ujar Ahmadi.
Beliau berpendapat, langkah terbaik membendung perkara itu adalah dengan mengahwinkan mereka kerana berkahwin dapat mengelak pasangan terbabit daripada terus melakukan maksiat.
"Bagi mereka yang tidak mampu, kerajaan boleh memikirkan cara untuk membantu seperti mengadakan majlis kenduri kahwin beramai-ramai," katanya.
Selain itu, Ahmadi menjelaskan Islam membenarkan lelaki dan perempuan bergaul untuk urusan jual-beli, belajar dan bekerja tetapi ada hadnya.
Alasan
"Islam mengharamkan lelaki dan wanita duduk berdua-duaan tanpa disertai mahram. Islam juga mengharamkan percampuran bebas antara lelaki dan wanita," jelas beliau.
Sementara itu, Penasihat Media, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar berpendapat punca individu berkhalwat adalah disebabkan pasangan tidak dapat menahan gelora nafsu masing-masing.
Pasangan yang ditangkap juga sering memberikan pelbagai alasan yang kadangkala tidak masuk akal.
"Antara alasan yang sering diterima ialah mereka ingin membantu pasangan, memberi makan dan berjumpa kawan semata-mata. Semua itu tidak boleh diterima," katanya kepada Jurnal.
Asmawi menambah, pihak berkuasa selalunya akan menyiasat terlebih dahulu setiap aduan khalwat yang diterima sebelum serbuan dibuat.
Ini bagi mengelakkan individu terbabit teraniaya atau dimalukan atas perbuatan yang mereka tidak lakukan. 

Ama tak faham la ! Kenapa mesti nak BERKHALWAT ?! apa susah ?? KAHWIN je ! apa , takut tak dapat nak tanggung makan minum si isteri ke ??? ish ! abis tu , bila berkhalwat bukan menambahkan beban untuk dipikul ?! dibuatnya pasangan tu mengandung ! tak ke naya ?! sama jugak ! at least , if korang dah kahwin , korang nak buat ,  buat la ! pagi ? petang ? malam ?? tak da sapa nak kacau ! tapi kalau macam ni la caranya , bukannya pagi , petang , malam , setiap hari ada operasi ! ish ish ish .. bawa bawa la bertaubat ! 
*Wahai Perempuan Yang Masih Dara , Jagalah Maruah Mu Untuk Lelaki Yang Bergelar SUAMI , bukannya Lelaki Yang Bergelar Boyfriend ... Sebabnya , Belum Tentu Lagi Yang Korang Akan Berkahwin Dengan Lelaki Yang Bernama Boyfriend Tu ^^ Hehehehe .. Renung Renungkan Dan Selamat Beramal ! ^^

Jangan Lupa Tekan Salah Satu :
4. Be comfortable with your inner secrets!



Berita #2 : Hukuman Denda Tarian Tiang ...........


Assalamualaikum & Hye ^^
Sebelum korang nak baca entry kali ni , korang kene baca yang ini dulu ^^ *Klik* kalau macam tu , oke .. anda boleh sambung baca yang ini pulak .. hehehhe ...

PENARI tiang yang ditahan polis menjalani
ujian alkohol di Nilai Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR – Banyak pihak di negara ini mahu Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dipinda memandangkan beberapa kesalahan serta bentuk hukuman yang terkandung dalam akta tersebut dianggap sudah tidak realistik dan tidak sesuai diguna pakai pada masa kini.
Malah, bagi sesetengah daripada mereka, hukuman denda sebanyak RM25 yang dikenakan terhadap tiga wanita beragama Islam kerana berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu dianggap tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata, peruntukan undang-undang itu tidak realistik kerana kesalahan tersebut dianggap serius tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum selama 14 hari.
Menurut beliau, hukuman yang dikenakan itu tidak setimpal dengan kesalahan moral yang dilakukan bagi mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang disifatkan semakin berleluasa pada masa ini.
“Jika hukuman itu dijatuhkan bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah, matlamat itu tidak dapat dicapai kerana denda yang dikenakan terlalu rendah.
“Pesalah tidak akan mengambil serius kesalahan mereka dan berkemungkinan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sepatutnya Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 untuk kesalahan seperti ini dipinda kepada hukuman yang baru .. hukuman denda sebanyak RM25 ?? huh ! tidak setimpal dengan kesalahan 3 wanita yang beragama Islam .. tau kenapa ?? mereka(3 wanita Islam) telah meletakkan maruah kita sebagai wanita ni ditempat yang rendah ! dengan cara ini , ramai lagi wanita wanita Islam yang rosak akhlaknya akan memandang rendah dengan hukuman tersebut .. RM25 ??? budak budak 10 tahun pun dah boleh bayar .. huhuhuhuh ... Ya Allah ! Apa nak jadi dengan zaman sekarang ??? Kalau masa kini dah jadi sebegini rupa , mahu teruk jadinya masa depan :( dah tentu ramai wanita wanita Islam diluar sana akan memilih jalan sebegini ! Apa dah jadi ???? 
*Marilah Kita Sama Sama Berdoa Agar Dunia Ini Aman Dan Semuanya Kembali Ke Jalan Yang Sebenar-Benarnya ... Aminnn ~



Jangan Lupa Tekan Salah Satu :


Thursday, 29 March 2012

Cantik dan Kreatif .

 Assalamualaikum & Hye ^^ 
Ama nak tanya ni , korang kreatif tak ??? korang pandai melukis ?? 
korang suka lukis apa ??? ish , banyak pulak ama tanya ... hehehhe .. actually , 
ama teringin nak jadi seorang yang KREATIFFFFF ! tapi ............... tak boleh .. 
sebab , memang tak boleh ! buat la macam mana pun , tetap tak jadi cantik ! 
huhuhu .. ama nak jugak main lukis lukis , then colour gambar tu bagi cantik ... 
waaahhhhh ~!!!!!!!! :'( ajar la ... ajar la .. hahhahha :) kat bawah ni ada gambar 
yang ama jumpa , cantik bukan ??? ama jeles la pada mereka yang KREATIF ni :)
bagi ama  , gambar gambar ni simple .. tapi cantik dan menarik sebab gambar tu
dicolourkan dengan warna warna yang terang ^^ kan ??? amboi ! banyak pulak
ama bebel .. hehehe .. belek la gambar gambar ni :)






p/s : kalau la buku sekolah macam ni , perhhhh ! confirm semua lulus !

Jangan Lupa Tekan Salah Satu :


Berita #1: Penari Tiang Kena Denda .....


 Assalamualaikum & Hye ^^ 
korang baca dulu -->
RASAH 28 Mac - Denda maksimum RM25. Itu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Seremban, dekat sini hari ini ke atas tiga gadis yang terlibat dalam aksi menari tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.
Ketiga-tiga mereka masing-masing dikenakan denda tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan berpakaian seksi dan melakukan aksi mengghairahkan.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, Nooranishah Mohamad Isa, 19, yang masing-masing memakai baju kurung dan bertudung hanya mengangguk kepala tanda mengaku selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menari di atas pentas dengan mengenakan pakaian seksi serta melakukan aksi mengghairahkan selain berkelakuan kurang sopan di tempat hiburan awam.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah pusat hiburan di Putra Nilai, Nilai kira-kira pukul 2.20 pagi, 24 Mac lalu.
Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohamad Izwan menasihatkan agar tertuduh-tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik keluarga masing-masing.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kaiyisah Shukri manakala ketiga-tiga gadis tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri memberkas 32 orang termasuk tiga gadis berkenaan atas pelbagai kesalahan.

dah baca ??? apa perasaan korang ?? teruk ?? memalukan ?? hurm .. ama tak boleh lah nak cakap lebih lebih , tapi.........memalukan ! memburukkan nama KAUM saja :( dah tu , ada yang berbaju kurung , malah , bertudung litup lagi ! astarghfirullahal'azim . apa yang diaorang cuba lakukan sebenarnya ni ?? kalau ye pun nak cari kerja , cari la yang elok elok .. banyak lagi kerja ... tapi kalau memilih sangat , duduk rumah , goyang kaki je ! dah tu kerja nak senang dapat duit , buat apa ?? aduh !!!! sungguh memalukan ! fikir la elok elok sebelum buat sesuatu keputusan :( 
p/s : tetapi , kenapa denda tu RM25 ???? rendahnya !!!!!!! hehehhe :)
Bersambung ...... *Klik Sini*

Jangan Lupa Tekan Salah Satu :


Contest : Blog Yang Simple :)


 Assalamualaikum & Hye ^^ 
Semalam join segmen abg ben , petang tadi join segmen abg nasz , kali ni buat pertama kalinya ama join contest  ... mana la tau kan , kot kot menang ! hahahha .. gurau saja :) 

Ama nak tagkan 3 orang : 
1. Akma
2. Icumm  a.k.a cik pepatung

tarikh tutup : 1/4/2012
p/s : if nak join , just klik pic tu ..



Jangan Lupa Tekan Salah Satu :


Ber-Cadbury-ing !


Assalamualaikum & Hye ^^
Amacam ??? Gambar tu cantik tak ??? korang terliur ke ???? tak ek ??? if tak ok la tu ... hehehhe .. sedapnya makan cadbury ^^ heheheheh ... 

Jangan Lupa Tekan Salah Satu :


Liyana Jasmay Menjadi Tunang Orang :)

 Assalamualaikum & Hye ^^ 

SEPADAN...Liyana bersama, Fathudin selepas majlis
pertunangan mereka, semalam.
HULU KLANG: Penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay, 24, selamat mengikat tali pertunangan dengan jirannya yang juga ahli perniagaan Fathudin Mazlan, 28, dalam majlis ringkas yang berlangsung di kediaman keluarganya jam 8.30 malam di Tropika Kemensah, di sini, malam tadi . Liyana , anak bongsu daripada empat beradik tampil menawan dengan gaun labuh warna krim rekaan, Rizman Ruzaini.Pihak lelaki memilih tema warna kelabu menyerahkan sebentuk cincin pertunangan dan lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak perempuan iaitu kain songket , butang baju Melayu , set haruman , senaskhah al-Quran , kek dan manisan . Keluarga perempuan pula memilih tema warna merah jambu pada majlis meriah yang dihadiri lebih 200 anggota keluarga terdekat kedua belah pihak itu.Tidak ketinggalan, majlis pertunangan itu juga disemarakkan dengan barisan artis terkenal yang juga rakan baik Liyana iaitu Lisa Surihani , Awal Ashaari , Scha Al-Yahya , Tam Suhaimi dan ramai lagi.

Bagai Pinang Di Belah Dua .. Sama Cantik Sama Padan ^^ Memang sepadan ! sapa sangka , jiran sebelah dijadikan suami mahupun isteri ?? Allah SWT dah tentukan jodoh masing masing , jadi .. sabar je la :) semoga mereka berdua berkekalan hingga ke jinjang pelamin :)
*tak sabar nak tengok Awal dan Scha berpakaian pengantin :) hehehhehe ^^ 



Jangan Lupa Tekan Salah Satu :


Segmen Nasz : Jom Kenal Blogger :)


Assalamualaikum dan Hye ^^
ohh ye , semalam ama dah join segmen abg ben tu :) ala , tajuknya BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER tu ^^ hari ni , ama join segmen abg nasz pulak ^^ hehehhe .. 
so apa lagi ??? join join joinnnn ~!!


Soalan Abg Nasz :)

1. Nama Penuh Saya ? => Nur Amalina Binti Jaini

2. Nama Panggilan Saya ? => Ama 

3. Sejak Bila Saya Berblogging ? => Sejak Mei 2011.. disebabkan blog dulu tak boleh bukak , blog ini merupakan blog ke-3 dan di aktifkan pada awal bulan Mac 2012 :(

 4. Url Blog Saya ? => http://nuramalinastoryforever.blogspot.com
Amacam ?? senang bukan ???? join la ^^


p/s : just klik gambar tu untuk join ^^





Jangan Lupa Tekan Salah Satu :


Kasih Sayang Seorang Ayah/Abah/Bapa/Daddy/Papi



 Assalamualaikum & Hye ^^
mesti korang fikir , 'kali ni ama nak mengarut apa pulak..' kan ??? hahhha ... gurau saja .. 
ama ambil kesempatan yang ada ni nak story sikit pasal KaSiH SaYaNg SeOrAnG AbAh TeRhAdAp 5 OrAnG AnAkNyA.. hehhehe .. cerita ni akan bermula ....................
Bila Ama tengok abah tak sihat , ama rasa cam tak sedap hati je .. cam sunyi rumah ni .. sebabnya selama ni ama selalu gaduh dengan abah ^^ hahahha .. disebabkan dia cuti sakit , ama pun kene lah jaga dia .. selama 18 tahun nie , dah macam macam abah bagi kat ama ... dari kecik , sampai la dah besar plus chubby ni ... ahahha .. macam macam abah beli , baik baju , seluar , bayar yuran sekolah , beli beg baru setiap tahun , beli pensil case , setiap minggu belikan ama choclate cadburry dan macam macam lagi ^^ dah banyak sangat abah bagi kat ama dan adik beradik yang lain walaupun itu merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ABAH .. kan ?? tapi , kita sebagai ANAK mahupun ANAK KANDUNG ataupun ANAK ANGKAT , kita kenalah balas balik jasa IBUBAPA tu .. ish .. *tetiba menangis plak* yela , banyak sangat dosa yang ama dah buat kat parents nie .. huhuhuuh .. nak mintak maaf , segan :( ama minta maaf dalam doa je :(  

jadi , kita sebagai anak ni , kene cepat cepat minta maaf , mana la tau , ALLAH SWT dah tarik NYAWA kita .. time tu pulak , kita tak sempat nak minta maaf dekat parents kita :( kan dah seksa azabnya :( huhuhuhhu .. so , mulakan dari sekarang ! hehehe .. 

Wednesday, 28 March 2012

New Kpop Song :)

 Assalamualaikum & Hye :)
Annyeonghaseyo ~ mesti korang tau apa tu ^^ hehhehe .. it's mean HAI / HELLO :) 
ohh ye .. kepada mereka mereka yang mengetahui tentang dunia KPOP ni , mesti korang tau lagu lagu yang terbaru kan ?? hehhehe . amacam ??? korang enjoy tak ?? ama enjoy ! hehehe , even lagu baru tu dari kumpulan yang lain .. tau kenapa ama cakap macam tu ?? sebebnarnya ama ni peminat setia SUPER JUNIOR , walaupun tak dapat pergi tengok konsert diaorang.. huhuhuhuhu ... *tertacink lak* *bebalik pada tajuk entry ama ni* 
sebenarnya ama nak tanya nie .. sapa dah dengar lagu terbaru Exo , Big Bang , Tony & SM☆SH dan Shinee ??? sapa ???? hhahha ..belum dengar ?? kesiannya !! meh sini , ama bagitahu ^^
       
1. Exo - History


2. Exo - What Is Love


3 . Big Bang - Blue 


4. Big Bang - Bad Boy


5. Big Bang - Fantastic Baby 


6. Tony & SM☆SH


7. Shinee - Sherlock 


Amacam ??? korang dah dengar ke belum ??? heheheh ...

p/s : klik gambar gambar tu sekiranya korang nak dengar .. 

Jangan Lupa Tekan Salah Satu :


Ben Ashaari dan Rakan Blogger


 Assalamualaikum & Hye ^^
tadi ama bukak la blog abg ben , dan ama tengok ada segmen baru ! 
first time ama join ni .. so , sila berikan tunjuk ajar kepada ama yang baru nak join ni .. 
hehehhe .. apa lagi ??? jom join !!! 

Soalan Abg Ben : 
Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , 
kemudian anda menyapanya. 
Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?

Jawapan Ama : 
Wei ! Kau makan apa tu ?? sedap tak ?? bak la sikit !!! 
kedekut betul ! hahahhaha ^^

Tuesday, 27 March 2012

Ekspo Selangkah ke UITM ^^

 Assalamualaikum & Hye ^^
ohh ye , korang tau pasal Ekspo Selangkah ke UITM tu ?? actually , ama just tau dalam internet je .. then , abah suruh la alang and ama pergi dengan sorang anak kawan abah dan kawan ama , norani namanya ^^ mula mula tu kitaorang je .. tapi anak kawan abah tu tak jadi pergi , so .... abah suruh ama , aini , alang dan adik pergi .. ama and aini tak tau apa apa .. *kesiankan* hahhaha ... kitaorang gerak dalam pukul 9.00AM , baikkan ??? hahhaha , sebabnya ama and alang bangun lambat :) kekekkeke .. mau pagi tu kene 'ceramah' dengan abah ! kitaorang sampai UITM tu around pukul 11.00AM sebab alang pergi balik rumah dia kat Shah Alam .. sampai UITM , pukul 11.00AM , perhhh ! ramainya ~~ ama dengan aini tak selesa sangat bila ramai orang sebab pening kepala ^^ *ngada ngadanya* lepas pusing sana sini , dalam pukul 12.30AM kitaorang pergi lunch dengan sedara ama , Faidhi namanya ^^ dia budak UITM kat Induk Shah Alam tu .. belajar medik .. dia memang pandai :) kitaorang pergi lunch kat McD ^^ hehhehe .. pukul 1.00PM lebih lebih gerak balik ... tapi disebabkan traffic jam , kitaorang sampai rumah pukul 2.30PM ... hhuhuu .. dah la mengantuk ! kkekekke ..