Friday, 30 March 2012

Berita #2 : Hukuman Denda Tarian Tiang ...........


Assalamualaikum & Hye ^^
Sebelum korang nak baca entry kali ni , korang kene baca yang ini dulu ^^ *Klik* kalau macam tu , oke .. anda boleh sambung baca yang ini pulak .. hehehhe ...

PENARI tiang yang ditahan polis menjalani
ujian alkohol di Nilai Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR – Banyak pihak di negara ini mahu Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dipinda memandangkan beberapa kesalahan serta bentuk hukuman yang terkandung dalam akta tersebut dianggap sudah tidak realistik dan tidak sesuai diguna pakai pada masa kini.
Malah, bagi sesetengah daripada mereka, hukuman denda sebanyak RM25 yang dikenakan terhadap tiga wanita beragama Islam kerana berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu dianggap tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata, peruntukan undang-undang itu tidak realistik kerana kesalahan tersebut dianggap serius tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum selama 14 hari.
Menurut beliau, hukuman yang dikenakan itu tidak setimpal dengan kesalahan moral yang dilakukan bagi mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang disifatkan semakin berleluasa pada masa ini.
“Jika hukuman itu dijatuhkan bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah, matlamat itu tidak dapat dicapai kerana denda yang dikenakan terlalu rendah.
“Pesalah tidak akan mengambil serius kesalahan mereka dan berkemungkinan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sepatutnya Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 untuk kesalahan seperti ini dipinda kepada hukuman yang baru .. hukuman denda sebanyak RM25 ?? huh ! tidak setimpal dengan kesalahan 3 wanita yang beragama Islam .. tau kenapa ?? mereka(3 wanita Islam) telah meletakkan maruah kita sebagai wanita ni ditempat yang rendah ! dengan cara ini , ramai lagi wanita wanita Islam yang rosak akhlaknya akan memandang rendah dengan hukuman tersebut .. RM25 ??? budak budak 10 tahun pun dah boleh bayar .. huhuhuhuh ... Ya Allah ! Apa nak jadi dengan zaman sekarang ??? Kalau masa kini dah jadi sebegini rupa , mahu teruk jadinya masa depan :( dah tentu ramai wanita wanita Islam diluar sana akan memilih jalan sebegini ! Apa dah jadi ???? 
*Marilah Kita Sama Sama Berdoa Agar Dunia Ini Aman Dan Semuanya Kembali Ke Jalan Yang Sebenar-Benarnya ... Aminnn ~



Jangan Lupa Tekan Salah Satu :


No comments:

Post a Comment