Thursday, 29 March 2012

Liyana Jasmay Menjadi Tunang Orang :)

 Assalamualaikum & Hye ^^ 

SEPADAN...Liyana bersama, Fathudin selepas majlis
pertunangan mereka, semalam.
HULU KLANG: Penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay, 24, selamat mengikat tali pertunangan dengan jirannya yang juga ahli perniagaan Fathudin Mazlan, 28, dalam majlis ringkas yang berlangsung di kediaman keluarganya jam 8.30 malam di Tropika Kemensah, di sini, malam tadi . Liyana , anak bongsu daripada empat beradik tampil menawan dengan gaun labuh warna krim rekaan, Rizman Ruzaini.Pihak lelaki memilih tema warna kelabu menyerahkan sebentuk cincin pertunangan dan lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak perempuan iaitu kain songket , butang baju Melayu , set haruman , senaskhah al-Quran , kek dan manisan . Keluarga perempuan pula memilih tema warna merah jambu pada majlis meriah yang dihadiri lebih 200 anggota keluarga terdekat kedua belah pihak itu.Tidak ketinggalan, majlis pertunangan itu juga disemarakkan dengan barisan artis terkenal yang juga rakan baik Liyana iaitu Lisa Surihani , Awal Ashaari , Scha Al-Yahya , Tam Suhaimi dan ramai lagi.

Bagai Pinang Di Belah Dua .. Sama Cantik Sama Padan ^^ Memang sepadan ! sapa sangka , jiran sebelah dijadikan suami mahupun isteri ?? Allah SWT dah tentukan jodoh masing masing , jadi .. sabar je la :) semoga mereka berdua berkekalan hingga ke jinjang pelamin :)
*tak sabar nak tengok Awal dan Scha berpakaian pengantin :) hehehhehe ^^ 



Jangan Lupa Tekan Salah Satu :


No comments:

Post a Comment