Saturday, 7 April 2012

Running Man Show , Daebak !

 Assalamualaikum & Hye ^^ 
Ama nak tanya ni .. Sapa yang layan cerita Running Man(RM) ??? tau tak ??? hehhehe.. korang rasa best best tak ??? sekarang dah sampai episode 88 .. Esok maybe episode 89 dah keluar ! tak sabar rasanya ^^ hehehhe .. ama nak kenalkan member member dan ex member running man yang gila gila ^^ hehehhe ..

RM MEMBER !


Yoo Jae Suk .. Dilahirkan pada 14 Ogos 1972(40).. Merupakan Korean National MC .. Sama taraf seperti Uncle Aznil ! Orang selalu panggil Jae Suk .. Nama gelaran dalam RM show ialah METTUGI yang bermaksud BELALANG , Yu-ruce Willis , Yu Hyuk ,Yu-mes Bond ^^ heheheh .. Walaupun setiap kali dia sering tertangkap semasa Hide-N-Go-Seek , ataupun orang lemah yang ke tiga selepas Kwang Soo dan Suk Jin , dia juga merupakan seorang pemain yang kuat pada episode yang datang ^^ hebat bukan ???


Ji Suk Jin .. Dilahirkan pada 10 Mei 1968(44) .. Orang panggil Suk Jin .. Nama gelarannya dalam RM show ialah Big Nose Older Brother ^^ Diberi gelaran sebegitu mungkin kerana hidungnya yang besar sedikit :) *takpe , janji comel* dia merupakan orang lemah kedua selepas Kwang Soo .. hehhehe .. ini boleh dilihat dalam semua episode ^^ 


Kim Jong Kook .. Dilahirkan pada 25 April 1977(35) .. Orang memanggilnya Jong Kook .. Gelarannya di dalam RM ialah Sparta Kook , Commander , Tiger , Kookie~♥ .. Pada awalnya , dia ada '2 orang anak buah yang bernama Gary dan Haha' .. Heheheh .. Merupakan seorang yang kuat di dalam RM show ^^ merupakan JUARA ! kekekke .. semua orang takut padanya .. Tetapi , bila artis perempuan(tetamu) selain Song Ji Hyo muncul , dia menjadi lemah , dan memberikan apa sahaja informasi kepada mereka(tetamu perempuan)dalam RM show.. Nama Kookie~♥ diberi sebab dia cuba untuk menunjukkan kecomelannya dan ini membuatkan ahli RM geli hati dengan gelagatnya .. *badannya berketul ketul* 


Kang Gary(nama artis) .. Dilahirkan pada 24 Febuari 1978(34) .. Gelarannya ialah Peaceful Gary , Gaecholas Cage, Jihyo’s Monday Boyfriend .. Merupakan 'anak' kepada Jong Kook , 'abg' kepada Haha dan Monday Couple kepada Song Ji Hyo .. hehehhe ♥ Dia senang ditipu , merupakan seorang yang lurus bendul ? macam tu lah ^^ Dia akan tolong Song Ji Hyo , kata Monday couple ! *sumpah sweeet*


Haha(nama artis) .. Dilahirkan pada 20 Ogos 1979(33) .. Dikenali sebagai Haroro , 
Harad Pitt ..  Orang yang paling dikehendaki untuk dijadikan ahli kumpulan ... Merupakan 'anak' kepada Jong Kook dan 'adik kepada Gary' hehehe ..ketika dia berseorangan melakuakn tugas , dia sempat merakamkan 'movie' di dalam beberapa episode ^^ sungguh kelakar !  Merupakan seorang playboy(hanya dalam RM show) kerana sering melafazkan kata kata cinta kepada tetamu perempuan seperti SARANGHAE(ILY) ! hehehehe .. 


Lee Gwang Soo .. Dilahairkan pada 14 July 1985(27) .. Diberi gelaran Sad Gwang Soo , Framer Gwang Soo , Kwang-vatar , Kwang-potter .. Dia pemalu orangnya .. Merupakan ahli yang paling lemah ! sering tertangkap ketika bermain Hide-N-Go-Seek ! name tag nya merupakan name tag yang pertama akan di tarik ! setiap kali dia bersuara , dia akan dimarahi oleh Jong Kook .. *kesian* tetapi , dia merupakan seseorang yang sering dipilih oleh tetamu undangan untuk dijadikan sebagai ahli kumpulan ! 


Song Ji Hyo .. Dilahirkan pada 15 Ogos 1981 .. Dikenali sebagai Ace , Song ji Yok , Song-Song sibling , Mong ji Hyo , Gary's Monday Girlfriend .. Merupakan orang kedua terkuat selepas Jong Kook ! Sering memarahi Kwang Soo dan Haha ! Haha takut padanya sedangkan Haha lebih tua dari dia !

RM EX-MEMBER !


Song Jong Ki .. Dilahirkan pada 19 September 1985(27) ..Running Man’s Flower Boy, Brain Joongki, Song-song Sibling , Active Joong Ki .. Disukai oleh ahli ahli yang lain sedangkan dia sama umur dengan Kwang Soo  , tetapi Kwang Soo tidak ! 


Park Soo Young ... Orang memanggilnya Lizzy .. Dilahirkan pada 31 July 1992 .. Gelaran dalam RM show ialah , Busan Girl ! Sepatutnya dia merupakan seorang tetamu pada episode 18 . tetapi dia merupakan tetamu yang paling lama iaitu muncul pada episode 18 hingga ke episode 26 ! 



Walau apa pun , RM show was DAEBAK(terbaik) ! ♥ RM show !



No comments:

Post a Comment