Thursday, 31 May 2012

Alhamdulillah ...!

 Assalamualaikum & Hye ^^ 

Kenapa dengan entri ama kali ni ye ? hurm ... meyh , ama nak story ..
Ada sekali tu , ama buat puasa sunat , tapi ..... huuhhuuh .. ama dapat 'cuti umum' pulak ! huhuhuhu .. menangis ama ! tau sebab apa ? time tu ama dah bukak puasa then nak pegi solat la kononya .. pegi toilet , then menjerit ! #paham paham je la :) tension betul ! then , bila masuk awal Rejab , asal nak puasa jew ama ada hal ..  postpone pulak .. pastu , ama nak puasa last week , tapi dapat 'cuti umum' lagi ! sabar je la .. semalam ama nak puasa , tapi ama dah 'berbuka' pada jam 6.30AM . amacam ? pelik kan ?? ama tak sahur pun .. pastu ama terjaga pukul 6.30AM tu .. ama pun bedal lah minum air , then baru tengok jam pukul berapa . ceh ! hampeh ! dah tak puasa .. tapi alhamdulillah , akhirnya ama dapat jugak puasa hari ni . kan kan ? heee ~ next nak puasa lagi la , jom join ! hahahha..







[NEWS] Super Junior appears on Thai textbook ~ Daily K Pop News


Hallyu group Super Junior has dominated the academic world by landing a spot inside a Thai textbook.

In the music textbook for high school seniors, the Korean band was mentioned with an accompanying picture as “The artist who performed the biggest concert in Thailand.”

The mention was in reference to the band’s “Super Show 4” concert, which took place in Bangkok from March 16 to 18. The Thai concert run was extended by one night due to fans’ demands and amassed more than 40,000 audience members in total.

The show was noted for bringing the most number of audience members to a concert. With three concerts in a row, it was also the longest-running consecutive show in Thailand.



Source: JoongAng Daily
By Carla Sunwoo

Bloglist Jun 2012 Blog SukaGelak

 Assalamualaikum & Hye ^^ 

Nak Join ? KLik Banner :)

Syarat-syarat penyertaan :-
  1. Buat entri bertajuk " Bloglist Jun 2012 Blog SukaGelak "
  2. Letak banner gempak giler simple kat atas ni dan linkkan ke blog SukaGelak.
  3. Follow blog SukaGelak dengan seikhlas hati. :)
  4. Tarikh tutup : 01 Jun 2012 jam 1200hrs.
  5. SukaGelak akan publish link blog korang dalam satu entry dan gamkan dekat side bar blog SukaGelak.
  6. Lastly, tinggalkan link entry dekat ruangan komen kat bawah ni ye.

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWERS : BLOGGER DAN TWITTER

 Assalamualaikum & Hye ^^ 

Nak Join ? Klik Banner :)
Syarat - Syaratnya :-
  • Klik sini dulu
  • Wajib Follow blog Mr. Dracula 
  • Terbuka untuk semua pemilik blogger atau twitter
  • Follow twitter Mr. Dracula ( xwajib pun , tp klo korang follow , saya follow balik )
  • xda twitter ? ble juga join
  • Letak banner gambar atas ni kat post you all. Linkkan ke blog ni ok ?
  • Pastu you tag lah 3 orang rakan2 anda dalam entry tu k tuk join segmen ni..lagi byk lagi bgs .. hehehhe
  • Bila dah join, jangan lupa pula komen bawah and bagi link anda sekali k. So senang syaa ni nak terjah you all
  • Lastly, mohon jasa baik tuan puan datuk datin cucu cicit tuk follow semua blogger yang join segmen ni. Saya akan bagi link kat bawah ni nanti k. Barulah ramai orang akan follow u nanti.

Ama nak tag pada semua pembaca entri ini ~! wajib tau ~! hahaha :)  

Segmen tambah followers sampai beribu !

 Assalamualaikum & Hye ^^ 

Nak Join ? Klik banner Ni :)
Syarat - syarat penyertaan:-
  • Follow blog ni dan like fanpage.
  • Buat entri bertajuk 'Segmen tambah followers sampai beribu'
  • Copy banner dan linkkan ke entri ni.
  • Sertakan tarikh bila korang start berblog.
  • Tag rakan korang supaya mereka join dan tell mereka yang korang tag mereka.(Tak wajib)
  • Tarikh tutup:1/06/2012 pada pukul 9 malam/10 malam.


Secara Faktanya , ama start berblog tahun 2010 .. blog ini merupakan blog ke-tiga selepas 2 blog dahulu dah tak boleh bukak ! #sedihhh ! 

Ama nak tag :-

Wednesday, 30 May 2012

Segmen Blogwalking & Tambah Follower

 Assalamualaikum & Hye ^^ 

Nak Join ? Klik Banner :)

Cara untuk sertai:
  1. Buat blog post bertajuk "Segmen Blogwalking & Tambah Follower"
  2. Letak banner segmen di atas.
  3. Nyatakan jumlah follower terkini anda & target jumlah follower selepas join segmen ini.
  4. Letak link blog anda itu di ruangan komen entry INI
  • Jumlah Followe Terkini : 288
  • Target Follower Yang Akan Datang : 300 ++ :) 
heee ~ berangan jew ~ sebab ama tau , ama tak sehebat blogger yang lain :) heehehehe :)

Expired : 3 Jun 2012 pada jam 12.00AM :)

Tuesday, 29 May 2012

ZINNIRAH. Wanita Yang Kental

 Assalamualaikum & Hye ^^ 

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan akidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan akidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah SWT adalah harta yang tiada ternilai bagi setiap individu muslim. Ia merupakan cahaya yang menyinari hidup insan dan menjadi penyelamat dalam mengharungi kesengsaraan kacau-bilau hari pembalasan kelak.


Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan akidah mereka yang telah terpahat kukuh dalam hati sanubari mereka.Keimanan yang jitu dan kesanggupan mereka mengharungi keperitan hidup telah membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam. Hingga ke hari ini Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa umat Islam.


Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Dia dipilih oleh Allah SWT untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.


Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.


Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin. Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah SWT.


Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.


“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah SWT ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.


Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah SWT memohon diberikan hidayah kepada Umar. Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza. Namun begitu, Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah SWT mengizinkannya berlaku.


Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah SWT memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.


Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah SWT. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah SWT.

Apa Yang Menghalangimu Untuk Menutup Auratmu?

 Assalamualaikum & Hye ^^ 

Duhai wanita perhiasan dunia, susah sangatkah dirimu untuk memahami apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT untukmu? Bukankah Allah SWT menunjukkan bukti betapa DIA sangat mahu memelihara kehormatanmu. Kenapa duhai wanita? Kenapa? Kenapa kau tidak mengerti kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah SWT untukmu. Adakah kau memang suka jika dirimu dibiarkan tanpa kasih sayang dari-Nya?

Duhai wanita cantik! Kecantikan apa yang ada pada dirimu sehingga sanggup kau biarkannya dinikmati orang ramai? Sukakah kau bila ramai lelaki di luar sana memandang kamu dengan penuh pandangan nafsu? Apakah kamu tidak pernah terfikir apa sebenarnya yang bermain di benak kepala mereka? Oleh kerana itu, Allah SWT menjagamu melalui syariat penutupan aurat. Namun kamu tetap juga degil! Masih membiarkan auratmu terdedah ke sana ke mari.
Duhai wanita yang amat kukasihi, apakah kamu tidak menyayangi diri sendiri? Jika ya, kenapa merosakkan nilai yang ada pada diri kalian? Kenapa suka sangat merendahkan maruah yang ada pada diri? Tenunglah pakaian hari-harimu. Bertepatan dengan syariatkah ia atau tidak? Kalian seharusnya bijak membuat pilihan, mengikut tetapan Allah SWT atau mengikut arus fesyen berpakaian.

TAPI INGAT!! Mungkin kalian sudah lupa janji-janji-Nya. Takutlah dengan seksaan api neraka yang Allah SWT sediakan untuk hamba-hamba-Nya yang ingkar terhadap perintah-Nya. Mungkin kalian seronok bebas sini sana semasa di dunia, namun ingatlah kehidupan yang bakal kita tempuh di padang mahsyar kelak. Sudahkah kalian bersedia untuk menjawab segala pertanyaan-pertanyaan daripada Allah SWT di mahkamah-Nya nanti? Yakinkah alasan-alasan yang digunakan di atas dunia untuk menolak penutupan aurat bakal diterima kelak di sana? Mulut kalian akan terkunci, hanya anggota badan yang akan berbicara tentang semuanya!!
Ayuh wanita-wanita solehah, mari membaiki diri ke arah yang lebih baik. Tidak usah malu jika ada yang memandang serong bila kamu berusaha menutup aurat, kerana perhitungan di akhirat sana lebih penting, pandangan Allah SWT terhadapmu sangat penting! Jadilah dirimu insan solehah yang selalu mengharapkan redha-Nya. Jangan pula kamu menjadi insan yang menggugat iman para lelaki di luar sana. Nauzubillahi minzaliik!
Saya menasihati kamu kerana saya menyayangi kamu!

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

8 KEBOHONGAN seorang IBU demi kebahagiaan ANAKNYA.

Assalamualaikum & Hye ^^

~✿ KEBOHONGAN IBU YANG PERTAMA ✿~
Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tidak lapar”


~✿ KEBOHONGAN IBU YANG KE DUA ✿~
Ketika saya dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil memancingan, ia dapat memberikan sedikit makanan.Pulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, ia berkata : “Makanlah nak, ibu tidak suka makan ikan”


~✿ KEBOHONGAN IBU YANG KE TIGA ✿~
Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah, demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk dijual, dan hasil jualan itu membuahkan sedikit wang untuk menyara kehidupan seharian. Di kala musim sejuk tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya membuat persiapan untuk menjual kotak mancis dikeesokan harinya. Aku berkata : “Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu masih harus kerja.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu tidak penat”


~✿ KEBOHONGAN IBU YANG KE EMPAT ✿~
Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi, menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : “Minumlah nak, ibu tidak haus!”




~✿ KEBOHONGAN IBU YANG KE LIMA ✿~
Setelah kepergian ayah karena sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluarga kita pun semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku yang membantu ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kita yang begitu sengsara, seringkali menasihati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengindahkan nasihat mereka, ibu berkata : “Saya tidak suka akan bercinta”


~✿ KEBOHONGAN IBU YANG KE ENAM ✿~
Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya istirahat dari kerja. Tetapi ibu tidak mau, ia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mau menerima wang itu. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata : “Ibu masih ada wang”


~✿ KEBOHONGAN IBU YANG KE TUJUH ✿~
Setelah lulus akan peperiksaan akhir menengah, aku pun melanjutkan pelajaran di sebuah universiti diluar negara, berkat biasiswa dari sebuah lembaga swasta. Akhirnya aku pun bekerja di lembaga itu. Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup diluar negara. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mau menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : “Ibu tidak biasa tinggal di negara orang”


~✿ KEBOHONGAN IBU YANG KE LAPAN ✿~
Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser usus, dirawat di hospital, aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di ranjangnya setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa sakitnya pnyakit yg dihidapi oleh ibuku, sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan segaranya berkata : “Jangan menangis anakku, ibu tidak sakit”


Setelah mengucapkan kebohongannya yang kelapan, ibuku tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kalinya.

~♥ Ibu... dialah seorang wanita yang sanggup berkorban apa saja demi anak-anaknya. Dia sanggup kelaparan, kesakitan n sebagainya demi anak-anak. Naluri seorang ibu sukar kita terjemahkan. Kasihnya ibu membawa kita ke Syurga. Sayangilah ibu kita. Doakannya selalu. Kenang IBU dalam DOAmu



Segmen : Follower Pilihan Niera

 Assalamualaikum & Hye ^^ 


syarat wajib :-
  • Blogger malaysia..
  • Follower blog Aisyah Humaira' (walaupun terpaksa sebab ni kan segmen follower niera..hihi)..
  • Like fanpage niera *buat entry bertajuk Segmen : Follower Pilihan Niera ..
  • Letak banner dan linkkan ke entry ni..
  • Letak link entry anda dalam kotak komen..


tarikh akhir : 22 JUN 2012 

Segmen : Ain nak review blog korang

 Assalamualaikum & Hye ^^

Nak Join ? Klik Banner :)

Syarat-syaratnye :-
  1. Warganegara Malaysia
  2. Menetap Di Malaysia
  3. Wajib follow blog ni *akan diperiksa*
  4. Wajib like fanpage ain *akan diperiksa*
  5. Letakkan banner di atas dan linkkan ke entry ni
  6. Buat Satu Entry Bertajuk : "Segmen : Ain nak review blog korang"
  7. Tagkan beberapa rakan blogger anda
  8. Nak promote segmen ni pon x pe. Tapi x de hadiah bagi Top reffeal la =.=
  9. Siap ? Hantarkan link entry ke komen. Link seperti => cikyayastory.blogspot.com diabaikan.
  10. Tarikh Tamat pada 5 Jun 2012.

Ama nak tag :-

SEGMEN : AYU CARI RAKAN BLOGGER

 Assalamualaikum & Hye ^^ 

Nak Join ? Klik Banner :)

syarat-sayaratnya :-
  • Sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe..
  • Tajuknyer SEGMEN : AYU CARI RAKAN BLOGGER..
  • Gam kuat2 gambar comel diatas dan linkkan ke entry ini ye..
  • Kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...hehehe..
  • Siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe..

Ama nak tag pada semua follower ama :) dan juga pada mereka yang singga :) 
Expired : 1/6/12 pada jam 11.00PM :)

SEGMEN 2:6 pekara tentang saya

 Assalamualaikum & Hye ^^ 


6 Perkara Tentang Saya :
  1. Ama dilahirkan oleh ibu sebagai seorang yang pemalu .. #pada mulanya tetapi , ama akan jadi gila yang teramat sangat bila korang dah kenal dan rapat dengan ama :) jadi , sapa yang nak kenal tu , korang kene tegur ama dulu ye ? sebabnya ama ni segan yang teramat sangat ! hahahaha :)
  2. Ama merupakan anak yang paling degil :) tak percaya ?? #tolong percaya :)
  3. Masa Sekolah Rendah : Ama seorang yang garang ! hampir semua budak takut sebab sapa yang degil , akan di cubit oleh ku :) #pengawas sekolah
  4. Meningkat Remaja : Ama menjadi pendiam di perkarangan sekolah , tetapi bila di kelas , i was the craziest one :) Ama seorang yang kuat membebel tak kira masa :) #malunya !
  5. Ama ada 4 orang anak sedara , 3 lelaki , 2 perempuan .. oke ? i love them so much ! everyweek datang and ama jadi sasaran diaorang bab ama selalu layan kerenah diaorang .. #baiknya ~
  6. Ama ni seorang KPOP Lovers ~ tetapi ELF sejati :) heee ~ Ama jatuh cinta dengan boyband yang popular gila tu ... Ala , Super Junior tu :) that was the facts yang ama gila KPOP ! janganlah anti kpop or kpop fans .. kitaorang tak buat salah langsung :) 

Monday, 28 May 2012

I AM : SME artist

 Assalamualaikum & Hye ^^ 
tadi ama bukak FB , then ternampak cerita yang memang ama tunggu tunggu ! hehehe .. walaupun fancam dar Hong Kong , ama tengok jugak ! sebabnya , Malaysia takkan keluarkan kot .. atau pun memang cerita ni tak keluar kat Malaysia .. #sedihnya ! ) Ama happy sangat sebab dapat tengok cerita nie .. ada part yang kelakar dan sedih .. #bagi ama lah so , ama pun layan , then ama download jugak .. tapi sebelum tu , ama kumpulkan baju baju yang nak lipat dan bawak masuk bilik :) dah sedia ? ama pun play cerita tu dan mula lipat kain .. # bangang kan ?? hahahha .. janji keje ama habis :) nak tengok ?? ada link kat bawah :) layannnn ~




Kisah Suami-Isteri

Assalamualaikum & Hye ^^

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.
Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.
Suami : (hanya tersenyum)


••► Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.

SubhanaAllah Allahuakhbar!

Wanita, bangkitlah dari kesedihan.

Assalamualaikum & Hye ^^  

Wanita makhluk istimewa ciptaan tuhan yang memiliki pelbagai rasa. Wanita, disaat ini kebanyakkannya harus berkerja keras untuk diberi penghargaan yang sewajarnya.

Sebenarnya, kita harus berfikir tentang baik buruknya suatu hal yang sedang dan akan berlaku di hidup kita.

Bila dikatakan hidup itu rumit, melelahkan, sulit dan sebagainya, perkara itu tak sepenuhnya benar.

Meskipun kadangkala, mengalami kerumitan dalam hidup yang menimbulkan perasaan down. Namun jika diteliti lagi, hidup ini terlalu singkat untuk rumitkan.

Wanita selalu dilanda perasaan sedih dan sebagainya.

Lebih – lebih lagi, bila kejenuhan hati sedang melanda. Perlukan waktu – waktu tertentu untuk kita berehat sejenak. Menghindari dari segala kerumitan yang ada, yang tentu timbul dari sebuah perasaan.

Jalanilah sesuatu dengan sesederhana yang mungkin dan janganlah terbuai dengan perasaan. Wanita selalu menjadi mangsa dari buaian perasaannya sendiri. Perkara ini boleh, tetapi janganlah berlebihan kerana sesuatu yang dilakukan secara berlebihan hasilnya belum tentu baik. Betul tak?

Kita harus memiliki standard sendiri untuk memilih perkara yang baik untuk kehidupan kita. Manusia akan bersedih jika tidak dihargai. Kerana itu sifat manusia, yang memerlukan sebuah penghargaan. Tetapi, apa jadi jika perkara yang kita inginkan itu tidak boleh dicapai?

Kalau mengikuti perasaan, tentu yang dapat adalah kekecewaan dan sakit hati yang ada pada diri. Padahal banyak yang boleh kita hargai dari dalam diri kita. Tanpa perlu mendapat penghargaan dari orang lain.

Percayalah… Keletihan, kerapuhan, kelemahan, kesakitan dan sebagainya , boleh kita lalui semua. Meskipun kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu dengan air mata. Tidak mengapa, bukankah air mata dicipta untuk mengungkapkan sebuah rasa? Kerana tidak hanya bahagia sahaja yang ada di dunia.

“Engkau tidak akan bahagia dengan hanya berpindah dari satu tempat ke tempat lain… Tetapi kembalilah pada rasa yang ada dalam dirimu agar engkau gembira.” [Syaikh 'Aidh Al-Qarni]

Wanita apabila sudah merasa harga diri terlanjur hancur, akibat dari kurangnya penghargaan terhadap diri, ada baiknya untuk cuba bangkit kembali dari kegagalan dan berusaha lebih untuk menghargai diri kita sendiri sebelum kita ingin dihargai orang lain!

Wanita sebenarnya banyak keistimewaannya

Assalamualaikum & Hye ^^

Janganlah rendah diri dek kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Wanita itu perlu malu


Assalamualaikum & Hye ^^

Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul-Nya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Kalian tidak takutkah ancaman azab Allah SWT wahai wanita?

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Assalamualaikum & Hye ^^

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat ke...pada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Tidak Semestinya Wanita Yang Menutup Aurat Itu Baik

Assalamualaikum & Hye ^^

Saya bawakan anda artikel ini dari http://www.iluvislam.com/ untuk direnungkan sejenak dan diambil isinya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam. “Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, ” tegasnya.

“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.

Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.

“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.

“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”

“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.

“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”

“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.

“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”

“Itu sahaja?”

“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”

“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”

“Mengapa?”

“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.

“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”

Saya cuba senyum lantas berkata, “akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”

“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.

“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”

“Ertinya akal kita terikat?”

“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”

“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”

“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”

“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”

“Separuh betul,” jawab saya.

“Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”

Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.

“Tetapi dia jujur, amanah…”

“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”

Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk, ”namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”

“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”

“Masih merujuk kepada Al Hadis.”

“Hadis yang mana?”

“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”

“Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”

“Secara tidak langsung itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”

“Maksud ustaz?”

“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”

“Oh, begitu. Kenapa ya?”

“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik, lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”

“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”

“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”

“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”

“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”

“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”

“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”

“Mengapa?”

“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”

“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”

“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”

“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.

“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.

“Bagaimana pakaian mereka?”

“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”

Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”

“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”

“Ya.”

“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”

“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”

“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”

“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”

“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”

“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”

“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.

“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”

Dia senyum. Alhamdulillah.

“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”

“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”

Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!