Sunday, 6 May 2012

Mitos : Mata Ketumbit Kerana Mengintai…Realitinya?

 Assalamualaikum & Hye ^^ 


Siapa yang ada ketumbit kat mata mesti akan jadi bahan usikan dari dulu sampai lah sekarang. Kononnya, mata terkena ketumbit selalu mengintai atau ‘sekodeng’ orang mandi atau buang air besar.
Kalau ketumbit itu kecil tak jadi masalah sebab tak ramai yang perasan, tapi yang  jadi masalah jika benjolan seperti jerawat kat tepi mata tu besar sehingga menyebabkan rasa sakit. Dan bertambah sakit bila ramai pulak yang mengusik dan mengejek.
Ketumbit sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan aktiviti mengintai atau ‘sekodeng’ sebab ketumbit ni sebenarnya sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman. Selalunya bakteria ini akan membiak di akar bulu mata yang menyebabkan bengkak.
Punca Punca Terjadinya Ketumbit:
Ada 2 jenis ketumbit:
  • Ketumbit akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata.
  • Keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.
Pengumpulan minyak yang berlebihan menyebabkan pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :
  • Tekanan
  • Pertukaran hormon
  • Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
  • Diabetis
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
  • Kekurangan vitamin dalam badan
Seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tapi jangan risau kerana ia tidak berbahaya. ketumbit tak akan jejaskan penglihatan seseorang, cuma menyebabkan kesakitan disebabkan  bengkak kat  kawasan yang sensitif di kelopak mata. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara simptom lain ialah:
  • Mata berair.
  • Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
  • Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
  • Kelopak mata menjadi merah dan bengkak
Selalunya dalam masa 3 hari ketumbit akan mula surut. Tapi ramai yang terkena radang ketumbit ni, sembuh dalam tempoh seminggu.
Cara Merawat Ketumbit:
  • Penggunaan ubat titis antibiotik yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman
  • Pembedahan kecil.
  • Menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata dan dilakukan sebanyak 3 kali seminggu. (untuk ketumbit jenis kedua)
Bisul yang terhasil akan surut dengan sendirinya bila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dibuang. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.
Mata merupakan salah satu bahagian yang sensitif. So, jangan pandai pandai letak ubat tanpa nasihat doktor.

3 comments:

  1. geram kalau orang dok ngejek ketumbit kat mate !!!

    ReplyDelete
  2. Assalam sory late (^_^)

    nak keputusan pertandingan segmen: tak kenal maka tak kenal

    http://trainerfariz.blogspot.com/2012/05/pemenang-segmen-tak-kenal-maka-tak.html

    ReplyDelete
  3. jarang kena ketumbit. ada setengah ketumbit kena p bedah kan..

    ReplyDelete