Tuesday, 14 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum & Hye ^^


Sebelum apa apa, meyh nak cerita sikit tentang latar belakang Nabi Allah yang cukup ama sanjungi ni ! :')

 Ya Nabi Salam 'Alayyka
Ya Rasul Salam 'Alayyka
Ya Habibbi Salam 'Alayyka
Solawatullah 'Alayyka 
BIODATA RASULULLAH SAW

NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.

TARIKH LAHIR : Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.

TEMPAT LAHIR : Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.

Gelaran: AL AMIN

Pengasuh Pertama: Ummu Aiman

Ibu Susu Pertama: Thuwaibatul Aslamiah

Ibu Susu Kedua: Halimah As Saadiah

Isteri-Isteri Rasulullah :

1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.

Anak-Anak Rasulullah :

1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

alhamdulillah ! masuk bulan Nabi ni, rasa sebak plak . hihi . sebabnya selama ni ama tak berapa nak amalkan perkara-perkara sunnah Baginda S.A.W :'( main main je. huhuhu . bila masuk je hari kelahiran baginda, ama teringat macam macam perkara.. contohnya :-
Masih ku ingat kenangan ketika aku di Tanah Suci. Allahuakbar ! Betapa kerdilnya aku bila menghadap Ilahi. Betapa tingginya sanjungan yang diberikan oleh umat Islam terhadap Nabi Muhammad SAW !  Betapa malunya aku kerana terlampau banyak dosa yang pernah aku lakukan ! Betapa malunya aku kerana tidak mengingati Nabi Allah !!!! Astargfirullahala'zim... Tapi aku x pernah serik, tak pernah serik untuk mencari keampunan daripadaNYA...kerana aku tahu, Allah itu Maha Pengampun. kerana aku tahu, Pintu Taubat itu masih terbuka.
Alhamdulillah, sementara ada masa ni,bawak bawaklah mengucap,bawak bawaklah berzikrullah dan berselawat kpd Nabi Allah SWT ... jgn nt menyesal tak sudah....

Sabda Rasulullah SAW: 
"Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)


"Sesungguhnya orang yang PALING DEKAT dengan ku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak BERSELAWAT kepadaku."

Allahumma solli 'ala Muhammad 



SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H .

2 comments:

  1. Salam ukhti :)

    Sebenarnya ade kekhilafan pada tarikh kelahiran baginda SAW tu..
    jemput baca disini yea :

    http://ourrandomrainbow.blogspot.com/2014/01/penting-mohon-baca-sebarkan.html

    jzkk :)

    ReplyDelete
  2. salam maulid nabi.. walaupun dah lewat shari

    ReplyDelete