Friday, 21 February 2014

Farewell

Assalamualaikum & Hye ^^

Semalam(20/2) merupakan last day sir ajar BEL 311 kat kelas MAM1103B:') so sad actually sebabnya dia sangatlah sporting and selalu layan kerenah gila kami semua. Hahahaha. Dia terharu gila sampai ajak kitaorang lepak kat tepi tasik untuk tangkap gambar kenangan.. hahaha. Katanya bising sangat kalau lepak dalam kelas.. semalam jugak merupakan hari dimana sir cakap bahasa melayu secara majoritinya. Hahaha. Kelakar (^^)

FAREWELL :)

Friday, 7 February 2014

Al Fatihah ☆

Assalamualaikum & Hye ^^

Ayah kepada kawan ama yang bernama noraini a.k.a ai (bertudung selendang.kiri) telah meninggal dunia semalam (6.2.2014) pada 1.30am. Semoga arwah pakcik othman tenang di alam sana. Insyaallah. Amin :)

*thanxx for those yang doakan*

Monday, 3 February 2014

♥ S.A.H.A.B.A.T ♥

Assalamualaikum & Hye ^^

"Sahabat? Sahabat itu bukan ke bermakna kawan? Kawan dengan sahabatkan sama maksudnya..bukan begitu?"

Hah.. ramai yang berkata begitu....sebenarnyalah :) betul tak? Betulkan? Sahabat dengan kawan, lain maknanya. Cuba korang semua fikirkan balik, berapa ramai kawan yang setia bersama kita? Dikala kita susah mahupun senang? Di saat kita ingin meluahka segala luka dan gembira di hati. Ada terfikir,berapa ramai kawan kita? Kawan..memang ramai. Tapi sahabat? Berapa keratlah sangat.. sahabat, adalah seorang kawan yang setia menanti.haha.sahabat merupakan seorang kawan yang sanggup menolong kita dikala kita menghadapi kesukaran mahupun berkongsi kisah gembira bersama sama. Seorang kawan yang setia memberi nasihat, menegur kesalahan yang kita akan mahupun dah buat. Haaahhhh ! Mungkin ramai yang dah tahu tentang ini. Bagi ama, sahabat adalah segalanya bagi ama. Sahabat, orang yang sangat sangat penting bagi ama. Tanpa mereka, ama tidakkan sedar kesilapan yang pernah ama lakukan. Mereka lah yang paling penting selepas kita 'bersujud' dan memohon keampunan pada Allah SWT, selepas berdoa kepada Nabi Muhammad S.AW, selepas adanya restu dari ibu dan abah. Sahabat, merupakan perkara ke4 yang paling ama banyak fikirkan :') Sahabat adalah segalanya buat ama ♥

♬♡♬♡♬♡♬♡♬♡♬♡

*Sahabat, untuk selamanya.  Bersama, untuk selamanya. Kau dan aku sahabat... untuk selamanya... selama-lamanya.... setia ~♥

♡♬♡♬♡♬♡♬♡♬♡♬