Tuesday, 10 November 2015

Pre Grade & Graduation day ♥

Assalamualaikum & Hye ^^

24/10 Pre Grade
Balik dari kampus hari Jumaat, Sabtu pagi dah kena gerak pergi Shah Alam untuk ambil jubah graduasi. Dah lah tu, abah ibu tinggalkan aku sesorang dekat situ, dengan terpingga-pingganya. hmmm. Memang aku redah je sesorang walaupun malu. hahahha. Dah lah tu, masa aku terpingga-pingga tu, adalah sorang budak KPTM datang and tanya aku nak join dia sekali ke tak? Nak taknak aku ikut je sebab aku memang tak tahu nak ke lobby DATC tu. Ambil jubah sekali dengan Nad dan Ainul, then masa tu tinggallah aku berdua dengan Nad. Ainul, hilang entah kemana. hahahha. Sesat gak doe kitaorang berdua dalam DATC tu. Setel ambil jubah, tunggu member sume berkumpul dekat satu tempat, then lepak dekat Tasik PKNS, Shah Alam. Teruk kan ? 
With Anas, Nad, Fazrul, Hidayah, Ardiella,
Shahidah, Ainul & Norisha
Sebab supposely ada reheasal pukul 10, tapi mmemasing tak pergi sebab nak lepak sesama. hahaha. Habis je lepak kat tasik, kitaorang meneruskan perjalanan ke Subang tak silap. Lepak sampai 3-4pm, then Adibah hantar aku balik, sampai rumah... Thanks ex-classmate for the moment that we spent, walaupun tak lama mana :D






1/11 Graduation Day
Today is my Graduation Day ! woohooo ! And today, is my 3rd time to wearing selendang ! hahahaha. 1st time masa convo tingkatan 5, 2nd time masa pre convo, and today is my 3rd time. hehehhe. Alhamdulillah, selama 2 tahun setengah belajar sebagai pelajar pentadbiran awam, dengan bangganya ama dah tamatkan pelajaran (Diploma). hehehe. Sebenarnya ama tak kesah pun dengan konvo ni, bayangkan eh, ama konvo 1/11, semalam(31/10) baru balik umah. Sebab apa? Sebab pagi semalam ama ada test. uissh.. bayangkan lah. Lepas je harini(1/11), minggu seterusnya ama pack sangat ! So busy with test and so on. Tapi nak buat camne, kawan ama cakap, 'konvo tetap konvo.' So, because of that, ama still have fun untuk attend konvo sebab lepas abang ama konvo last year, this year ama pulak :D hehehe. Lagi pun, ama happy sebab ama dapat buktikan yang ama boleh konvo on time. Alhamdulillah.. 
Dengan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua lecturer, baik yang mengenali saya mahupun tidak di atas pembelajaran yang diberi selama 2 tahun setengah. Terima kasih jugak buat kawan-kawan yang banyak bagi ama semangat & nasihat, baik dari segi mental mahupun fizikal, mahupun kata-kata yang mungkin menusuk hati ini, tapi disebabkan segalanya, ama mampu habis on time :D Alhamdulillah. Tak lupa jugak buat family yang tersayang :D *ucapan untuk mereka, biarlah rahsia.. heheheh* Terima kasih buat semua :D



No comments:

Post a Comment